Wednesday, November 23, 2011

penat

Pernah satu hari, aku jalan-2. Aku beli cornetto kecik kedai makcik tijarah tu. Tapi jam aku rosak. Aku beli belacan. Pak imam ajak minum teh, main batu seremban. Aku tak tolak, aku main galah panjang dengan dia. Okey spektrum aku rosak kejap . Nah cerita.




Kadang aku rasa tak pasti dengan hati sendiri. Entahlah. Otak bercelaru sekaligus membelitkan sekali mata hati. Aku keliru dengan hidup aku. Perasaan aku, fikiran aku, terkadang sampai aku leka diulit kekeliruan itu. Aku bukan apa, aku tahu aku memang patut pupukkan perasaan "pergi mampus" terhadap orang yang punya alasan bodoh untuk membenci aku. Tapi aku ni lembik. Konon nak survive tapi tak pernah berhenti memikirkan perihal orang lain. 


Memang lah, aku mengaku aku selalu mahu pedulikan semua itu dan fokus bulat segi empat segalanya cuma terhadap diri aku sendiri. Betulkan cacat cela, tapi aku cuma manusia. Kesilapan itu semua dah sebati dgn aku. Macam kek dgn aising, macam air manis dan gula. Sebati dan tepu. Aku mengaku aku penat mengamalkan gaya hidup sebegini, tapi aku seakan tidak boleh berhenti menjadi seorang pesimis dan kemana sahaja aku pergi, aku taknak jadi terlalu outstanding hinggakan mulut mulut celaka mula berbicara benda yang tidak-tidak tentang aku. Yes, aku mengaku aku memang takut tentang apa yang bakal orang fikir tentang aku tatkala mereka kenal aku satu persatu. Ada yang suka, ada yang benci. Entahlah, manusia terlalu kompleks untuk aku fahami dan sukar untuk aku hadam kenyataan; walau apa pun yang aku lakukan, pasti ada mata sinis yang memerhati.


Self-esteem aku kerapkali merudum. Sedangkan aku masih boleh berdiri dan senyum, aku masih membiarkan diri aku dibuli si puaka yang memang sedia menunggu masa menjatuhkan aku dari awal lagi. Terkadang aku rasa geram, aku simpan dalam hati, mungkin bila tiba hari aku nanti, aku cuma bayangkan aku berada di tempat mereka, mentertawakan mereka di saat kejatuhan mereka. 


Aku penat. Aku mengaku kekurangan itu sememangnya ada pada aku. Kesempurnaan tu tiada dikalangan manusia. Tetapi bila bersosial atau aku cuba berkawan, orang orang sudah diimplementasikan dengan ideologi bodoh dan palsu tentang aku. Peluang untuk aku berkawan semakin terbatas dek kerana mulut jahanam yang tak pernah henti menyebarkan khabar angin semata tentang aku. Tapi tak mengapa, aku senyap. Bukan kerana aku sememangnya senyap, tetapi aku senyap berisi. Diisi dengan harapan mungkin khabar khabar palsu itu semakin tenggelam dek waktu. Itu sebabnya aku selalu berjalan sendirian, aku okay. Bila aku fikirkan balik, aku rasa aku lebih suka bermonolog dan berbicara dengan diri sendiri. Persetan apa orang nak cakap. Aku gila, aku loner. Aku sudah malas berfikir dan menambah beban yang sudah sedia ada. Bila orang pandang aku dengan pandangan jengkel, aku senyum. Senyum bukan untuk mengubah ideologi tentang aku yang sudah melekat di kepala mereka, tidak. Senyum itu senjata yang aku cipta sendiri bagi mengelakkan rasa ralat dan menyelamatkan self-esteem aku daripada jatuh tersungkur.


Panggillah aku dengan apa nama sekalipun. Aku takkan menyahut, aku takkan toleh walau sekilas pun. Aku tak pernah kisah orang panggil aku loser. Loser sebab aku tak berani melawan balik, loser sebab aku biarkan diri aku diinjak-injak oleh puak puak sialan yang aku sendiri tak tahu kenapa kebencian mereka terhadap aku tak pernah habis. Panggillah, aku tak pernah kisah. Sebab aku tahu sekarang aku kat bawah. Tuhan sedang melatih dan menguji kekuatan jiwa yang sedia ada. Sekarang mereka di atas, aku biarkan mereka dengan dusta mereka itu. Tengok sejauh mana dia boleh pergi untuk menjatuhkan aku. Nanti saat mereka di bawah, mana ada lagi bermegah. Biar mereka nampak langit dan bumi, mana tinggi mana rendah.



Biarlah mereka nak panggil aku dengan apa nama sekalipun, aku ada Allah. Yang mencipta aku itu Allah, yang menulis segala kisah hidup aku itu Allah, yang tentukan jatuh bangun aku itu semua Allah. Aku tak kisah aku hina dimata mereka, asalkan di mata Allah, aku tidak sehina itu. Allah ada, Allah memerhatikan aku, Allah sayang aku, aku tahu itu. Memeterai janji dengan diri supaya kuatkan jasmani dan rohani, jangan pernah biarkan mereka menguasai perasaan dan hati. Yang penting aku memang takkan berfikir pasal mereka lagi. Pergi mampus.

No comments:

Post a Comment