Tuesday, April 24, 2012

Konflik Episode 1

Semalam, aku tidak tahu apa sebenarnya yang merasuk minda aku. Masa aku online, aku jenguk profile si dia, dan secara tiba tiba aku menangis tanpa henti. Teringat apa yang mama cakap pada aku hari tu. Kalau aku tak panjang umur, masihkah aku berkesempatan untuk berjumpa buat kali terakhir dgn dia? Andaikata tuhan tarik nyawa aku disini, berkesempatankah aku untuk memeluk dia dan minta maaf? Aku menangis, aku rasa jauh di sudut hati aku, aku sangat merindui dia. Aku rindukan gelak tawa dia, aku rindukan senyuman dia, bebelan dia, suara dia memanggil aku. Aku rindukan semua itu. Aku dah mula terasa sebak. Aku takut aku tak panjang umur.

Semalam, waktu berjalan bersama kawan kawan baikku, aku mengasingkan diri di sudut paling belakang sekali. Aku melihat telatah mereka yang ketawa gembira seperti manusia yang tidak punya masalah. Lagu 'Talking To The Moon' yang dinyanyikan oleh Bruno Mars terpasang di cuping telingaku. Aku menangis lagi teruk dalam hati. Airmata tidak putus mengalir bila aku terkenangkan apa yang jadi. Aku terasa seakan aku semakin jauh daripada dia. Sungguh aku sangat merindui dia. Ingin sahaja aku dail nombor dia waktu itu, tetapi sesuatu menghalangku. Terlintas satu bayangan di mindaku. Ya, perkara yg sama. Bagaimana kalau umur aku sampai di sini sahaja? Sekadar mendengar dia tidak akan mengubat rinduku yang menggunung ini. Aku ingin merasai dakapan dia, belaian dia sama seperti dahulu. Ya, aku sudah dewasa dan aku sedar akan hakikat itu. Cuma kadangkala, terselit satu perasaan anak kecil di dalam diriku. Perasaan ingin dibelai dan disayangi. Ditatang seperti minyak yang penuh. Bila aku menangis, mereka akan datang kepadaku dgn dakapan dan kucupan yg penuh kasih sayang. Bila aku ingin belajar sesuatu yang baru, mereka tampil dan memberikan aku didikan yang sempurna. Angka 19 tidak membawa apa apa makna kerana hati aku masih lagi seperti kanak kanak berusia 5 tahun. Aku cuma dahagakan perhatian dan kasih sayang dia. Aku sedar, kadangkala sikapku membuat dia sedih dan kecewa. Tapi aku lakukan itu semua cuma untuk satu perkara. Perhatian. Aku tidak punya tujuan lain selain itu. Bila aku lihat rakan rakanku yang sedang gembira dengan pasangan mereka, itu membuatkan aku semakin sedih dan menimbunkan rinduku yang sudah sedia menggunung terhadap dia. Hmm. Terlalu rindu. :'(


Dan ketika itu aku tersedar, bila aku melihat rakan rakanku dengan keletah mereka, aku tidak boleh mengelak daripada ketawa. Ketawa sambil airmata  aku yang tidak putus mengalir. Pelbagai perkara yang bermain di mindaku waktu itu. Aku toleh ke arah mereka. Aku tersenyum dan tergelak kecil. Hidup aku sudah sempurna. Mama, dia, adik beradik, mereka, membuatkan aku rasa aku masih punya alasan untuk teruskan hidup. Persetankan manusia manusia yang hasad melihat aku bahagia. Aku punya teman dan keluarga yang sudah sedia hebat. Aku tak perlukan rakan yang cantik dan kacak belaka untuk buat aku jadi terkenal. Aku tidak perlukan kemewahan harta benda dunia. Aku sudah ada mereka. Teman sejati yang takkan pernah meninggalkan aku sendiri. Teman sejati yang akan memeluk aku dan menenangkan aku sewaktu aku menangis. Teman sejati yang takkan pernah putus asa untuk membuat aku kembali ceria. Mereka ibarat keluarga aku. Tidak akan dapat menggantikan keluarga asal aku, tapi mereka tetap terbaik dihatiku.


Kemudian ada satu perkara yang membuat aku berfikir sejenak. Bagaimana kalau umurku setakat disini? Aku pasti akan merindui mereka. Hilai tawa mereka, saat aku bersama mereka.. Aku taknak tinggalkan semua itu. Aku tidak mahu meninggalkan dunia aku yang sudah serba sempurna ini. Keluarga, teman, si dia. Aku masih mahu hidup. Ya Allah, jangan kau ambil nyawaku secepat itu. Beri aku peluang untuk aku memeluk ibuku, mengucup pipi adikku, bergelak ketawa bersama teman temanku, dan juga luangkan masa dengan si dia.  Aku tidak mahu kehilangan semua itu. :'/

No comments:

Post a Comment