Wednesday, June 15, 2011

haha .

Assalamualaikum readers,




Aku sebenarnya dalam proses melupakan atau dalam bahasa lain, moving on. Maaflah jika entri entri aku sebelum dan selepas ini semua entri jiwang. Siape takdo buah hati ye dok? Aku la tu. Aku single balik, tapi entahlah. Kali ini penuh dengan kekecewaan. Dia tak sepatutnya buat aku macam ni. Ya, skrip stereotaip seorang lelaki yang kecewa. Hati aku ni dah ghupe ape aku pun taktahu. Lebih teruk dari kaca pecah berderai tu kot. Lumat habis. Aku cuma fikir sekarang ni, aku nak pergi Taiping dan aku nak lupakan semua kekecewaan ni. Aku nak pergi membazir duit, McD, karaoke, movie macam apa yg selalu aku buat dgn kawan-2 dan besties apa semua. Tolonglah, itu je satu satunya terapi jiwa paling berkesan bagi aku. Aku dah tak boleh tahan duduk rumah, teringat dia. Tidur mimpi dia lepas tu nangis. Pernah nampak orang putus cinta terkinja kinja punya happy dah serupa beruk? Orang tu sure terlepas dari rumah sakit jiwa sebab dah kerap sangat putus cinta. Well atleast aku masih boleh berfikiran matang dan hadap benda ni dengan sabar walaupun aku rasa nak nangis sampai anak mata aku bertukar warna merah. Kadang kadang aku ada jugak buat sesi self-reflect, aku tanya diri aku apa istimewanya dia. Bila aku cuba menafikan, separuh mekanisma badan aku ni mengiyakan apa yg dia ada. Apa yang dia ada? Dia guna bomoh mana nak meminyak-dagukan aku? Sampai aku jadi separuh gila macam ni. Pantang dengar lagu sedih, nanti aku meroyan. Tadi dalam kereta, aku tukar channel radio. Aku tukar Xfresh.Fm kalau tak silap. Dan kebetulan lagu KuIngin Kamu  yang aku tujukan untuk dia baru je mula dimainkan. Haa muka aku dah macam air terjun Niagara lah jawapnya. Mencurah curah airmata keluar. Berdrama sekejap dalam kereta tu. Bangsat, masa tak kena. Dan sepanjang hari ni aku dihurung mood yang tak berapa nak elok. Dalam kereta dah ada radio pun aku masih pasang earphone dan buat video klip sendiri. Cara jugak bro macam ni. Oh ya, tadi aku pergi Taiping, settlekan urusan kolej aku sampai jumpa Timbalan Rektor bagai. Dan lebih sadis, separuh masa perjalanan pulang aku baru sedar aku dah TERhilangkan cincin silver aku. Ah persetankan semua tu. 






Aku taktahu kalau hari yang mendatang, aku dapat lupakan dia atau tak. Kenapa entah aku seakan berjanji dengan diri aku sendiri aku takkan jatuh cinta seteruk ini. Tak jatuh cinta pun takpelah weh. Aku tak kisah. I wanna her to be my last, enough said. Sumpah aku rasa macam nak melutut dan menangis semahu hati aku. Aku nak berbaring sambil mengadap bintang dan menangis. Aku teringat arwah ayah aku dan tangisan aku semakin menjadi. Masa ni lah aku merepek. Aku cuma fikir aku nak ikut arwah pergi dunia dia. Walaupun amalan aku tak cukup, matlamat jangka panjang aku cuma nak jumpa arwah. Pergi mampuslah dengan dunia ni. Dunia ni kejam. Dan ya, dia pun. Beberapa hari lepas aku tengok dia dah isytihar diri dia in an open relationship. Dengan ?Yang dia ,mungkin. Aku tak fikir panjang,aku terus deactivate account #sekejap je.Aku fikir mungkin cara tu yang terbaik untuk kami berdua. Dia orang senang, dia tak layak dapat aku. She deserves better. Aku ni lelaki biasa, and sepatutnya aku sedar she's taking me for granted. Aku buta. Terlalu cepat menilai. Dan kawan kawan baik aku tak pernah salah terutamanya Iz. Aku degil, aku degil.Iz  dah berkali kali pesan tinggalkan dia tapi aku keras kepala nak bertahan. Nah, sekarang rasa. Gila tak gila. Tetapi aku tahu hukum alam tak pernah berat sebelah. Aplikasikan prinsip aku, what goes around will always comes aroundDan dah banyak kali terjadi bila perempuan perempuan yang tinggalkan aku semua cari aku balik. Dia akan cari aku balik, mungkin. Sebab aku percaya Allah Maha AdilAku tak pernah lepaskan prinsip ni dari hidup aku. Aku nak tengok, kalau ada lelaki lain yang sayang dia macam aku sayang dia. Aku masih sayang dia walaupun aku terluka. 




farewell , 30 Mei  .


credit to nad . :)

2 comments:

  1. tak penah tgok a guy yg ptus cnta cmni~ gal tu ptot bsyukur dapat u. pe pon be strong okay..

    ReplyDelete