Tuesday, February 21, 2012

YS . aku keliru .

Aku lelaki. Dia lelaki. Seorang gadis menjadi pertaruhan.

Ceritanya sekarang, dia memang milik lelaki itu. Mengikut kronologi, dia mungkin lebih kenal gadis itu. Senyuman dia terlalu lelaki itu kenal, gelak tawa dia selalu lelaki itu dengar. Dia mungkin lebih mengenalinya. Dan aku tidak tahu apa yang terjadi, anasir jahat yang dinamakan cinta datang kembali, menghantui diri aku. Cinta bukanlah sesuatu yang keji, tetapi mencintai kepunyaan lelaki lain dalam diam, bukan semata prinsip aku bila bercinta. Aku jenis, hmm tak kacau hak milik orang. Lagipun , rasanya dah setahun mereka bersama. Disebab kerana aku tahu bagaimana rasanya sakit ditipu, rasa sakit bila diduakan. Aku tetiba down. Aku rasa tidak sempurna, penuh cacat cela. Akan tetapi , sekarang terjadinya satu konflik antara mereka , yang membolehkan aku merasai manja dari dia. Sumpah aku taktahu apa yang terjadi antara mereka ni.

Tapi perasaan ini. Aku tak tahu jika aku patut layankan atau biarkan ia berlalu pergi. Aku tahu ini salah, tidak perlu panjang berceramah. Bukan ini yang aku mahu. Tapi rasanya aku gadaikan segala perasaan semua itu untuk seorang gadis.

Hmm perempuan, godaan menyaingi godaan GTR *bagi aku. Capiche. Kalau diikutkan, aku pun memang sudah kalis dengan taktik lapuk para gadis. Tetapi yang ini aku sendiri pun tak boleh nak faham. Aku tak faham kenapa aku masih membiarkan dia menjadi teman istimewa taman hati walaupun aku tahu aku dan dia, tak mungkin terjadi. Oh ya, aku masih lelaki pencinta. Sekeras mana aku menentang, sepayah mana aku menangkis, masih bisa diruntuhkan oleh seorang gadis.

Ah tidak. Ego aku masih ada. Biar aku cari jalan sendiri untuk hidup, dan sekiranya memang tertulis kau pemilik tulang rusuk kiri aku, biarlah bertahun lama pun, kita masih akan bersama walaupun berjuta kilometer memisahkan kita. Jumpa lagi nanti wahai pencuri hati.