Wednesday, April 4, 2012

Mainstream


Ayat budak Twitter. Sana mainstream, sini mainstream. Segala benda nak mainstream. Kalau lah diorang sedar, disebabkan diorang benda tu jadi mainstream, apa yang diorang buat seumpama menghempuk muka sendiri dengan cermin Ikea.

Aku kurang faham dengan generasi kanak-kanak zaman sekarang. 13 tahun dah pandai madah tak boleh hidup tak ada boyfriend, haram jadah apa. DSLR dah jadi seumpama biskut, iPhone dah macam sekotak susu Dutch Lady. Bila put on make up semuanya dah serupa beruk kena makeover. Rambut dah serupa penyapu, dan itulah yang aku tak boleh tahan; bila bab cinta macam dah hidup seribu tahun lamanya. Mana exclusivity zaman remaja kalian?

Memang betul lah, teknologi mengubah manusia. Sedar tak zaman remaja kau orang semua dah diragut begitu sahaja? Kalau nak compare dengan zaman remaja kami, langit dengan bumi, jauh panggang dari api. Contohnya soal cinta, aku paaaaaaaaaaling tak boleh tahan. Aku rasa nak tembak one by one guna senapang gajah. Memanglah jatuh cinta tu fitrah manusia, tapi pusing fikir otak kau tu, umur dah lepas belum nak gundah gulana fikir soal cinta? Tukar pasangan macam tukar underwear. Fikir balik, kalau sekarang kau dah rasa indah sangat bercinta, mana ada adventure bila bercinta waktu kau dah dewasa nanti? Kala ini, kau mesti menyumpah aku dalam diam (kalau korang tergolong dalam apa yang aku ceritakan tadi) ya, aku pun bercinta tapi rasanya tak sehebat kau orang. Dulu guna surat cinta, dulu guna orang tengah. Dulu main ponteng lalu lintas depan kelas si pujaan hati semata-mata nak tengok dia. Dulu mana boleh bawa handphone pergi sekolah. Mana boleh pakai lens pergi sekolah. Sekarang boleh bawa phone, siap BBM lagi padahal kelas tak sampai sepuluh tapak pun dah boleh nampak. BBM, bukan SMS. Punchline; BlackBerry dah terlalu mainstream. Sekarang siap ada pakai fake eyelashes lagi pergi sekolah. Dulu bawak digital kamera pun dah kira habis kaya dah, sekarang DSLR macam kamera pakai buang. Aku tak faham. Bukannya aku dengki, aku cuma simpati. Kalau kau hidup di zaman kami, kau akan rasa hidup kau sekarang macam terlalu 10 tahun ke hadapan.

Maaflah kalau post ni macam penuh unsur provokasi tetapi aku tak spesifikasikan umur-umur so tak perlu nak emo lebih. Duduk sejenak dan fikir 10tahun kehadapan. Anak anak kita, apa yang tinggal untuk mereka? Hmm harap itu cukup untuk dijadikan buah fikiran. Sekian, aku tak tahu kenapa ayat aku macam bahasa seorang idealis. Ok bye.

No comments:

Post a Comment