Tuesday, March 27, 2012

Keras

Batu. Dinding. Kayu.


Aku masih belum berhenti membina istana anganan bersama si polan yang sudah lama aku minati. Walaupun terkadang aku rasa penantian tak berpenghujung ini disia-siakan, aku masih gigih mengulum senyum di hadapan si polan tatkala berada di depan mata. Debarnya masih ada, getar tangan masih terasa selepas beberapa bulan menguntum perasaan tepuk-tangan-sebelah-takkan-pernah-berbunyi di jiwa.

Doa tidak pernah putus. Terkenangkan ayat penolakan cinta dia kepadaku, hati terus berganti walang. Setiap minit, setiap milisaat aku bernafas, otak ligat memutarkan namanya.  Aku rindu dia.

Kenangan berdua terlayang di minda. Menghabiskan masa bersama di restoran makanan segera berwifi percuma, satu-satunya destinasi yang kami kongsi sekepala. Dan dia punya habit yg sama seperti aku. Seringkali aku memerhatikan riak wajahnya ketika makan. Dia menjadi dirinya dan aku menjadi aku. Makan tanpa segan silu seperti anak dengan ibu.

Entah kenapa, ada sesuatu di hati yg seringkali membelenggu diri. Flashback sementara tentang pertemuan kami, rasanya macam tak mungkin kebetulan terjadi lebih daripada 526381583 kali. Semuanya cuma kebetulan atau sesuatu yg pasti? Ya, aku tidak pernah putus konsentrasi dan imaginasi.

Terpagut hati dek cemburu melihat dia bersama lelaki lain. Bekas teman lelakinya, aku pasti. Tetapi perasaan aneh itu terus melingkari hati. Sering aku memalingkan muka apabila aku terlihat dia dan bekas teman lelakinya berjalan bersama. Aku ni siapa? Minda dan hati berdebat, menimbulkan seribu satu syak wasangka.



Ah sudahlah. Aku bukan jenis mat puitis bunga bunga. Rela lagi aku menghukum diri daripada mengingati dia tetapi kekeruhan wajah ini harus ditapis. 




Watlek, watkewl watpis. be awesome.

No comments:

Post a Comment