Monday, March 19, 2012

Mamai

Petang haritu aku tidur. Selepas tidur yang tak berapa nak cukup beberapa hari lepas, aku redeem balik masa tidur aku yang berlubang tu.

Sebelum tidur, aku mandi. Syampu rambut aku yang semakin menyial sekarang, main buih basuh baju segala dan selesai.

Oleh kerana aku terlalu penat, sejurus aku letakkan kepala yang suci ni kat bantal aku yang tak berapa nak empuk tu, aku terus tukar hibernating mode. Tidur dengan bungkusan tuala di kepala *bungkusan?* membuatkan aku rasa nyaman seperti dikipas oleh gundik gundik maharaja.

Dan selepas itu kisah sebenar bermula.


Aku tak pasti kalau aku bermimpi, tapi aku terhantuk katil besi, mencederakan pahala aku dengan mencarut dan aku pasti itu bukan mimpi.


Pukul berapa yang aku sendiri tak berapa nak pasti, aku dapat panggilan daripada mama.


Dengan jiwa separuh sedar dan muka tak rela, aku jawap call tu.


Dan tragedi pun bermula.


Mama : Assalamualaikum naem, tengah buat apa tu?

Aku     : *suara malas* haa.

Mama : Tidur ke naem?

Aku     : Haa.

Mama : Hari ni ada kelas ke?

*senyap sebentar sebab aku tertidur. Dan kemudian aku tersedar. Separuh tersedar*

Aku   : Kak, John Carter punya tiket ada kosong lagi tak? Tolonglah kak, dah berapa hari saya mimpi mimpi nak tengok John Carter ni. Oh ada kosong? Boleh book tak kak? Kena tengok hari ni jugak? Lah kenapa? 

Mama : Astaghfirullahalazim budak ni.

Aku     : Ayam ayam. Ayam ayam.

*talian diputuskan dan aku terus sambung tidur.*




Ok. Aku mengaku aku tengah sawan ibu mengandung anak sulung nak pergi tengok John Carter yang tengah hot kat cinema tu, tapi yang tu takpelah kan.


Tapi aku masih musykil..


Ayam?








P/S : Takde kena mengena dengan gambar muka cari gaduh tu. Kthanksbai. 

No comments:

Post a Comment