Tuesday, April 24, 2012

Prokastinet.


Jangan ditanya apa yang aku dah buat sepanjang cuti semester aku. Setengah bulan membongak dalam bilik, dan mengharap tauke kedai ikan offer aku tawaran kerja dengan gaji yang lumayan. *masukkan kepala dalam mesin pembancuh simen*

Aku sebenarnya tak sangka aku paling cemerlang bab membuang masa. Hidden talent yang aku rasa kalau jual kat pasar malam lima kurun berlalu pun masih tak ada yang nak beli. Sekarang dah nak menjengah bulan Mei dan aku masih lagi mengumpul lemak lemak untuk dijadikan baju sejuk di waktu hujan turun. Apa kena mengena. 

Jadi, masalah aku sekarang ni, aku baru je kena tipu. Dengan orang yang aku sayang. Bermasalah hidup aku gini. Dah jatuh ditimpa tangga. Nasib baik tak patah tulang punggung HAHA. Tapi aku rasa lepas aku kena macamtu, macam ada sesuatu yang hilang. Kewarasan aku mungkin. Handphone berkecai. Nasib baik simcard jumpa balik. Bertumbuk pulak, dah macam makan nasi. Aku boleh bergaduh bila-bila masa je. Nyaris lelaki tu tolak pelawaan aku. HAHA kalau tak, ICU. Mungkin.

Drama dan kisah cinta, dah lali. Lepas ni aku takkan biarkan diri aku digolak ombak tsunami 50meter tu lagi. Kiwak aku dah sakit otak macamni, mungkin aku akan melibatkan diri dalam jenayah kelas memandu. Gumpunk. Haha mengarut.

Sesiapa yang nampak aku sedang berkeliaran tanpa hala tuju sila jangan beragak untuk tembak aku. Aku dah ready bawak surat wasiat dalam poket, jangan khuatir. Malas nak hidup. Ok bai.

 entry serabut sebab kepala serabut

No comments:

Post a Comment