Friday, April 20, 2012

Tired Volcano

Aku ni seorang lelaki, mungkin jenis mat bunga, mat jiwang, dan jugak si lelaki pencinta. Aku juga seperti manusia lain, ada kekasih hati, tapi dengan bahasa yang lebih tepat, crush. Dia tak pernah jadi girlfriend aku, aku tahu tu. Tapi hati aku seluruhnya pada dia. Sungguh. Everything goes normal, tapi dugaan demi dugaan datang menggoyahkan kesetiaanku.


Dulu aku pernah 'mati', kemudian aku 'hidup' semula kerna dia. Dan sekarang dugaan-dugaan yang mendatang membuat aku jadi lemah. Aku dah tak sekuat dulu. Aku letakkan ego aku serendah-rendahnya, tapi sia-sia. Dia tak nampak apa yang aku buat. Sering kali aku bertanya, siapakah aku? Tapi jawapannya penuh hambar. Jawapan yang penuh gelisah dengan soalan aku. Dia tak nampakkah kesungguhan aku pada dia? Setia menunggu tanpa angka, tanpa kata.


Dia sayang dua lelaki. Aku dan juga bekas teman lelakinya. Tapi keistimewaan dan kelebihan sebagai seorang kekasih berpihak pada bekas teman lelaki dia. Dia boleh jumpa lelaki tu bila-bila masa yang dia nak, even kat tempat dia belajar. Dia boleh bersama dengan bekas teman lelaki dia. Lelaki tu boleh datang dan pergi kerumah dia, tanpa sebarang halangan. Dan setiap kali itu terjadi, aku perlu menahan diri selama beberapa jam, sebab dia takkan bawa phone yang dia gunakan untuk text aku sebab dia takmahu bekas teman lelakinya tahu kami ada hubungan. Sungguh aku tak rela sebenarnya. Lama aku pendam. Sakitnya bagai ditusuk ribuan sengatan bisa tebuan kat jantung ni. Teramat sakit. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tapi aku bukan sesiapa. Aku hanyalah seorang sandaran. 


Hmm. Aku pulak, belajar di utara tanahair. jauh dari tempat tinggal aku dan dia. Dalam sebulan, aku dapat jumpa dia dua atau tiga kali je.  Jadi aku taktahu apa yang dia lakukan selama aku belajar kat utara sana. Hmm. Kenapalah aku boleh sayangkan dia seteruk ni. Bodohnya aku. Membuat perkara yang mustahil, menda yang takkan menjadi. Last-last aku jugak yang sakit terima semua ni. Kesetiaan aku dipersiakan, kepercayaan aku dipecahkan, keyakinan aku digoyahkan.


Sekarang aku dah letak pilihan di tangan dia. Antara aku atau lelaki tu. Aku dah penat. Aku dah tak larat.

No comments:

Post a Comment