Tuesday, July 3, 2012

Hardcore

Ini antara hal-hal rahsia yang aku tak beritahu semua orang.
Mata naik berkaca bila cerita.
Kisah toilet dekat kolej.





Cukup hati-hati,
pakai selipar.
Jalan jingkit-jingkit masuk bilik mandi yang geli.
Skala kebersihan, boleh menangis.

Cukup hati-hati, kulit tak nak kena lantai lumut, kuning, coklat gelap menggerutu, hancing dan bau-bau kelakar yang lain.

Cukup hati-hati,
tutup pintu.
Itupun kalau boleh tak nak tolak guna tangan.
Kalau boleh nak guna kaedah tiup.

Cukup hati-hati, sangkut tuala.

Lega.

Cukup hati-hati, tengok keadaan sekitar.

Itu.
Katak di sudut bilik mandi.

Dia diam, senyap, berkilat.

Dari gayanya, aku dapat rasa dia mahu lawan tenung siapa kelip dulu.

'Ah, aku tak ada masa.'

Abaikan.

Cukup hati-hati, ambil syampu badan.
Kalau boleh kulit jari taknak kena dinding atau lantai mahupun udara.

Cukup hati-hati,
pegang berus gigi, picit ubat gigi.
Taknak berus gigi jatuh ke lantai.
Dah berapa kali aku terkena.

Cukup hati-hati,
toleh ke katak.
Dia dah pusing membelakangi aku.
Dan kalau kau fikir-fikir balik, itu penghinaan, sebenarnya.

Abaikan.

Dan tiba-tiba ada bunyi asing.

BRUPP.

Perlahan-lahan, pandang belakang.
Cukup hati-hati.

Aku kental.
Sedia untuk hal paranormal.

Dan aku nampak.

Ekspresi dijerkah emosi.

Kulit muka rasa tegang.
Ketat.
Menyirap.

Tuala yang disangkut tadi, jatuh atas lantai.

Ke lantai.

Lantai.

LAN-TAI.


Kuasa alam nak main kasar dengan aku.

Ini tak kelakar, alam.

Tak. Kelakar.

No comments:

Post a Comment