Tuesday, July 3, 2012

Hari kemenangan

Karipap itu pelik, tahu. 


Kenapa nama dia karipap? 


Ya, mungkin sebab inti dia kari kentang. Tapi bila inti dia sayur semata - mata, kenapa masih panggil karipap? 


Kenapa bukan Sayopap? 


Entahlah.. Hidup ni penuh persoalan.


Makanan buat aku jadi haru - biru. 
Kerana makanan, aku dipulaukan. 
Semuanya kerana makanan.


1999 - Taska Ibu Intan


Bosan. Kita bosan takde siapa nak cakap dengan kita. Kenapa takde siapa nak kawan dengan kita? 
Sebab kita gemuk kot. *dulu aku gemuk time kecik-kecik*. Ala tapi Alisya tu lagi gemuk. Tapi dia ada kawan. Sebab getah rambut dia warna - warni ke? 


Nasik ni macam sedap. Nak lagi.  -terkedek- kedek pergi dapur- 
Tapi dapur banyak budak - budak lain. Sibuk je.


'Nak lagi!' -separuh menjerit sambil hulur pinggan- 


'Sekejap ya sayang. Kakak cedokkan untuk Tasya dulu.'


Kita angguk. Kita tunggu dengan beriman. Kita pandang pintu, pandang tingkap, pandang peti ais. 


Tiba - tiba kita dengar suara. Berlemak semacam suara dia. Kita rasa tu Alisya. Kita pun tengok la belakang kita. Ha kan betul kita cakap. Alisya.


Tapi kita tak cakap dengan dia. Dia macam sombong. Hari tu dia pakai kasut baru. Ada keluar lampu - lampu. Tapi tak bagi orang lain pegang. Macam kimak. .


'Awak tunggu apa?'


Eh, dia cakap dengan kita lah. 


'Nak tambah nasi dengan ayam.'


'Oh. Nak tengok pinggan awak. '


Kenapa dia ni? Kat rumah dia takde pinggan ke? Kesiannya.


Alisya tiba - tiba geleng - geleng. Lemak dagu dia macam goyang - goyang bila dia buat macam tu. 


Kita pun tanya lah, 'Kenapa?'


'Awak tak boleh tambah.' 


'Eh kenapa pulak?' 
Kita rasa macam nak pukul dia.


' Kalau nak tambah lagi, mesti kena ada nasik sikit - sikit. Pinggan awak licin, dah takde nasik yang tinggal. Jadi, awak tak boleh tambah. Betul.' 


Dia tunjuk - tunjuk jari gemuk dia kat pinggan kita. 


'Kalau nak tambah, pinggan kena macam Alisya. Ada nasik lagi sikit - sikit.' 
-bersungguh - sungguh tunjuk pinggan sendiri-


'Tapi kita lapar lagi. Kita nak tambah..' 


' Takpe. Hari ni dah, awak letak pinggan awak kat sinki. Esok, kalau awak nak tambah lagi, awak jangan habiskan nasik awak.'


Kita rasa marah sangat. Kita tak suka Alisya. Kita nak cerita kat mama bila kita balik rumah nanti.


Tapi nasib kita baik.


Ada nasik atas lantai.


Tapi Izzudin dah terpijak. Nasik tu macam dah terpenyek. Terlekat kat lantai.


Kita pun cangkung. Kita kuis nasik tu guna kuku.


'Eh awak nak buat apa tu?!' 


Kita tak jawab soalan Alisya. Kita tak suka dia.


Bila dah dapat, kita bau nasik tu. Busuk sikit.
Kita letak nasik tu atas pinggan kita. Nasik tu macam dah kelabu sikit lepas Izzudin pijak. Lepas tu kita sengaja buat muka sombong.


Lepas tu kita tunjuk pinggan kita kat Alisya. Masih muka sombong.


Lepas tu kita bagi pinggan kita kat Kakak tu. Kakak tu letak nasik, letak ayam.


Alisya tengok je kita masa kita bawak pinggan kita depan TV. 


Hikhik.


Dia tak boleh halang kita lagi.
Padan muka dia.
Mesti mama bangga dengan kita bila kita cerita kat mama nanti.

No comments:

Post a Comment