Tuesday, July 3, 2012

Gurau Sedih

Dulu aku pernah kerja kedai makan. Mie Last Corner di Simpang, Taiping.


Suatu malam Jumaat.

Aku hulur menu pada sekumpulan makcik dan kakak.

Muka bersedia.
Keluarkan pen dan kertas.
Yelah, takkan nak keluarkan buah pinggang pula.
Ngeri sangat tu.

" Dik, akak malam ni nak makan telur separuh masak lah."

"Okay."
*tulis

" Malam ni nak perform. Hikhikhik "
*angkatkeningsebelah

Kawan-kawan dia ikut gelak nakal.

Ha-Ha-Ha.

Aku juga gelak.

Dan sudah pasti,
satu meja itu nampak kagum dengan aku yang dapat tangkap dabel meaning.
Heh.
Jangan nak berguraulah.
Aku memang cekap.


" Akak penyanyi eh? "



Krik Krik Krik.
Bunyi cengkerik bersahut-sahutan.


Aku dah kata, aku lurus.

No comments:

Post a Comment