Friday, June 22, 2012

Alhamdulillah :')

2.45 pagi. Malam jumaat itu, sepi sendirian ditemani angin dari putaran kipas siling, aku sedang melawan mekanisma-mekanisma dalam badan yang boleh membuat aku tertidur. Mata yang segar bugar ini tetap menatap siling usang bilik sewa Sam. Tambah teringat madah-madah celaka rakan-rakanku, yang menukar suasana sepi bilik sewa menjadi funfair beberapa jam sebelum mereka beredar. Keletah yang merepek, plan jahat yang merepek, termasuk plan maksiat. Astargfirullahallazim. Betapa ceteknya iman manusia. Ah persetankan, aku takkan percaya kata-kata mereka selagi terterangnya kenyataan dihadapan dua biji mata besar aku ni. Pada malam yang sama, tetiba terdetik dalam hati nurani aku, ingin membuat solat tahajjud. Tanpa melengahkan masa, aku perlahan menuju ke bilik air dan mengambil wudhuk dan mengerjakan solat sunat tahajjud.


Usainya solat, aku duduk merapatkan kaki, duduk antara dua sujud. Perlahan aku mengangkat lalu menadah kedua telapak tanganku, ingin meluahkan rasa yang terpendam pada Yang Maha Kuasa. Terimbas semula dosa-dosa aku yang lalu. Meninggalkan solat, mencuri, membuat maksiat, sentuh perempuan *tapi aku tak pernah berzina okey*, dan juga pernah menyentuh arak. Hmm mengimbas segala dosa-dosa lalu, aku merasakan aku jijik. Jijik yang amat. Aku merasa hina. Betapa bodohnya aku selama hidup 19tahun dimuka bumi milik Maha Pencipta Alam ini. Hmm tanpa aku sedar, aku telah menitiskan airmataku.Hatiku mulai sebak, menjadi takut akan dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini. Terbayangnya kehangatan api neraka jahannam, membinasakan tubuh aku hingga hancur luluh. Masya Allah, aku takut :'(


Terpecahnya takungan air dari mataku sekali lagi, aku mulai berdoa. Diminta diampunkan segala dosa-dosa aku yang lalu. Diminta petunjuk dan hidayah-Nya tanpa henti. Mendoakan kesejahteraan keluargaku, ibuku, adik beradik kandungku. Begitu juga dengan arwah ayah aku yang tercinta, moga rohnya dicucuri rahmat, serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.


Kemudian fikiranku beralih kepada orang yang aku cinta. Diminta diturunkan hidayah-Nya pada dia seperti yang aku lakukan ketika itu. Minta dibukakan matanya yang telah sedia celik itu. Diampunkan dosa-dosanya, dimurahkan rezekinya. Pada masa yang sama, terimbas memori hitam putih aku bersama dia. Tangisan aku semakin menjadi. Ya Allah, aku tak cukup kuat untuk mengenang semua ini, terlalu rindu :'( Mungkin suatu hari nanti aku akan berjumpa lagi dengannya. Insya Allah.


Setelah selesainya aku menenangkan diri, aku beralih pula pada diriku sendiri. Berdoa agar dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan permudahkan segala urusan aku di dunia. Aku tidak meminta banyak untuk diriku. Aku merasa cukup hina pada malam itu. Aku takut akan api neraka yang sedia menunggu di akhir zaman. Kenapalah selama ini aku tak pernah takutkan api neraka jahannam itu, Masya Allah. Seksaan kubur, penantian untuk dibicarakan, meniti Titian Sirat, Ya Allah, aku takut semua itu. Aku ingin bertaubat. Aku ingin berubah. Aku mahu menjalankan tugas sebenar aku sebagai khalifah di muka bumi ini. Aku bersujud ketakutan, bersujud selama beberapa minit, membasahi sejadah usang itu. Moga Allah terima taubatku, Amin, AminYaRabbalAlamin.






*kisah sebenar aku pada malam itu, aku kongsi dengan korang. Moga korang pun sedar apa tujuan Allah mengutuskan kita sebagai khalifah didunia milik-Nya ini. Insya Allah, korang akan tenang setelah sedar  *



No comments:

Post a Comment