Monday, June 18, 2012

Konflik Episode 2


Madah surat cinta, mimpi mimpi celaka yang aku seringkali alami kebelakangan hari. Aku boleh jadi gila, tahu? Celik mata bayangan dia masih menari di ruang minda. Pejam mata bayangan dia sudah seperti makhluk halus yang acapkali mengganggu tidur malam. Sungguh, rasa yang aku alami ini bukannya mudah untuk aku lupa. Rasa sakit setiap malam aku duduk bersendirian di padang permainan waktu malam, memikirkan dia yang tak pernah dan tak mungkin peduli. Sudah berapa hari, memasuki minggu, dia tidak pandang aku ketika  berjalan yang biasanya dia lalui, depan rumah. Dan aku seperti kucing kehilangan tuan, setia menunggu kedatangan dia yang sepertinya mustahil untuk terjadi. Ketika dia sedih, aku datang menemani dia, tapi hmm sikit pun dia tak peduli. Acapkali aku menahan sabarku, melayan kerenahnya. Menahan rindu memang sepedih inikah rasanya? 

Aku mengambil keputusan untuk meluahkan segala jenis petaka yang terbuku di dada, dengan seribu satu kemungkinan patah hati ataupun happily ever after. Moga ini jalan yang terbaik untuk aku lupakan segala kesakitan ini, insyaallah. Semoga Tuhan buka pintu hati dia dan celikkan mata dia yang sudah sedia terbuka itu, menyedari apa yang dia cari selama ini berada tidak sampai 50 langkah pun di hadapan dia. Persetankan semua imbasan paranoia, selagi aku tidak berterus terang, kapan semua ini akan berakhir? 

Dan mungkin aku kena terima hakikat nyata, selepas aku berterus terang akan segalanya, aku akan kehilangan dia. 


Tidak mengapa, aku dah sedia :]

No comments:

Post a Comment