Wednesday, June 6, 2012

Kisah Hati dan Bintang


Remaja ini bukannya luar biasa. Wajahnya seelok elok ciptaan Tuhan tetapi hatinya sekuat tembok besi. Lelaki ini percaya wujudnya cinta sejati yang kekal abadi. Dia percaya Tuhan tidak pernah meninggalkan dia sendirian.

Sepanjang hidupnya, dia hanya mencintai seorang gadis. Dan telah ditakdirkan Tuhan, gadis itu pergi meninggalkan lelaki tersebut. Lelaki itu terkapai kapai mencari mana hala tuju mencari seorang gadis  yang boleh memdamping dirinya sepanjang hayat.

Semenjak pemergian gadis yang dicintai, lelaki ini seringkali duduk sendirian di malam hari sambil memandang bintang. Kadangkala dia bercakap sendirian dengan bintang bintang yang bersinar di langit seolah olah bintang tersebut tahu berinteraksi. Akan tetapi, dia mempunyai satu keajaiban yang mungkin hanya kebetulan. Jika malam itu dia tidak bersendirian bersama bintang bintang, langit seakan akan gelap dan kosong. Tiada sebutir bintang pun yang berkelip. Dia akan duduk di bawah hamparan rumput dan bernyanyi nyanyi kecil lagu Ku Ingin Kamu yang dahulunya selalu menjadi permainan di mulut lelaki itu. Kadangkala dia cuma duduk memeluk lutut dan mengalirkan airmata tanpa sebarang kata. Kadang kadang dia mengira bintang di langit dan menulis nama gadis kesayangannya menggunakan ranting kayu. Sekali imbas, dia seakan tidak siuman. Hakikat sebenarnya, dia kesunyian. Dia seringkali meluahkan masalahnya kepada bintang bintang dan menangis sendirian. 

Lelaki itu masih berdiri di situ, termenung tanpa henti. Sendi sendinya menjadi lemah dan kaku, terduduk sambil menangisi hati. Dia duduk sepanjang malam di situ, disaksikan bintang bintang dengan cahaya yang lesu.

Hmm.

Malam malam seterusnya, dia duduk lagi di bawah hamparan bintang. Dia mendongak memandang bintang, membayangkan gadis yang dicintai masih di sisi, menyanyikan lagu indah sambil memetik gitar. Dia membayangkan saat dimana gadis itu memegang tangannya dan berjanji setia untuk menjaga dan menemaninya. Setiap malam dia akan melakukan perkara yang sama hinggalah suatu malam dia berbaring menghadap bintang. Dia memejamkan matanya dan menghela nafas dingin untuk yang terakhir kalinya.

Dan mata bundar itu tidak pernah lagi terbuka, tiada lagi udara yang dihela. Hujan turun selebat-lebatnya dan bintang tidak lagi kelihatan bersinar di angkasa.

Malam malam seterusnya, bintang hanya bersinar lesu kerana tiada lagi yang menunggu.
















-Tamat-








*Sebenarnya, ini kisah aku. Cuma aku yg berharap akan mati di bawah sinaran bintang, belum tercapai lagi. Maaf kalau sastera aku teruk. Thanks for reading.*

No comments:

Post a Comment