Monday, July 2, 2012

Happy Thaipusam Nasrul Azmin


Online twitter tadi ternampak cik SNA tukar twitcon baru. Rasa macam, err.. 

nak cubit sikit boleh?

Okey tak boleh lebih-lebih, karang aku pulak yang dicubitnya. Baiklah. Ini entry panjang.

Haritu.
Aku makan McD dengan peminat tegar McD. Komaru. Sedang aku tekun menjamah santapan, dia tiba-tiba diam. Berhenti mengunyah. Dia letakkan burger dan duduk tegak. Dia pandang aku.

'Kenapa?' aku tanya.

'Makan Chicken McDeluxe buat aku rasa garang.' 

Aku macam, wtf.

Tapi, lupakan McD. Mari bincang perkara yang lebih serius.

Thaipusam itu hari, mama call. Berbual perkara biasa. Bertukar khabar. Semuanya baik-baik sahaja sehinggalah..

Nasrul berada di talian.

Nasrul merupakan adik lelaki aku. 13 tahun.Nasrul, lebih putih kulitnya dari adik beradik yang lain. Dia bejiwa sensitif. Tapi itu tak menghalang aku untuk mengoyak-ngoyak hati dan perasaannya. Bila-bila aku bosan tak tahu apa nak dibuat, aku akan pergi yakinkan dia yang dia anak pungut. Aku kuatkan lagi cerita aku. Aku cakap yang mama dan abah dulu jumpa dia di tokong, menangis dalam raga. 

Ada satu hari tu.

Aku beli makanan dari pasar malam. Belikan juga apa yang Nasrul pesan. Murtabak. Itu kegemarannya. Sampai saja di rumah, adik-adik aku sambut aku dengan teruja. Tapi kau dan aku tahu, mereka suka akan makanan yang aku bawa. Bukannya sukakan aku. Malah, mereka benci aku, sebenarnya. Dan aku bangga akan fakta itu.

Berbalik pada cerita, adik-adik aku dengan kepoh nak tengok apa yang aku beli. Plastik akan dikoyakkan. Itu aku pasti. Aku serabut melihat mereka. Mereka nampak murtabak. Tapi Nasrul cepat menghalang. Dia dikuasai rasa tamak dan kedekut. Itu aku nampak. Husna mencebik dan mereka mula bergaduh. 

Di meja makan.

Makanan pasar malam dibuka. Semua berebut-rebut. Biasalah, famili. Husna pula dah tawar hati untuk merasa murtabak. Lebih-lebih lagi bila Nasrul dah meletakkan semua murtabak di atas pinggannya seorang. Aku pun geram. Sebab aku pun nak rasa juga. Dan aku terbayang aku naik ke atas meja dan mencekik Nasrul sehingga bola matanya tercampak keluar. Membayangkan itu, aku tersengih sendiri. Tapi semua dah malas nak bertekak. Menyampah dengan serakah yang ditonjolkan Nasrul.

10 minit kemudian.

Semua sibuk makan. Tapi aku pelik melihat Nasrul. Dia diam sahaja. Plastik sudah terbuka. Namun dia langsung tak mengunyah apa-apa.

Abah aku turut pelik. Disebabkan curiga, dia mencubit sedikit murtabak dan rasa. Melihat riak wajah abah, aku dan beradik yang lain tersenyum meleret. Murtabak tak sedap.

Sejak hari itu;

Sesuai dengan kejadian murtabak, aku dan yang lain panggil dia Murthi. Ada sikit bunyi macam murtabak. Supaya dia tak ulang kekhilafan lalu. Eh jangan jeling. Niat aku suci. (ke?)

Kembali kepada cerita awal.

Mama pas telefon kepada Nasrul. Kononnya untuk menyuruh dia berbual dengan abangnya yang jauh di perantauan. 

Heh. 
Silap besar.

'Helo.' Suara Nasrul.

Aku diam sebentar. Dan barulah aku bersuara.

'Selamat Hari Thaipusam.'

Seketika, aku dengar orang menjerit dan bunyi sesuatu dihempaskan. Kemudian, talian terputus.

Aku genggam telefon,
Dan tersenyum puas.

Aku dah cakap, ini entry panjang.

No comments:

Post a Comment