Monday, July 2, 2012

Jahilliah 2003

Dulu masa aku Darjah 4, aku ada this CUTE, GINORMOUS crush untuk boys  dalam kelas aku. 

Sara tinggi. Sara muka panjang. Sara comel. Sara sangat cool.

Aku selalu harap dia perasankan aku. Tapi sayangnya, aku bukan budak lelaki tipikal yang orang kate, 'dah besar mesti handsome budak ni'. Sebab; aku tak pernah dapat reaksi sebegitu. (celaka.)

Cuma mama je yang selalu cakap macam tu. Sebab realitinya, semua mak kat Malaysia rasa anak dia la yang paling cantik/cantik. Comel kan mama aku? Jadi itu tak boleh dikira.

Satu hari. 


Sara tarik kerusi di sebelah aku. Aku nervous. Jadi aku berlakon sibuk dengan menconteng buku rampaian matematik aku. Aku lukis dinasour dan ikan. Buruk. Kejap-kejap aku padam. Pastu lukis balik dengan muka tekun style dahi berkerut. Aku kelihatan cool pada waktu itu. (aku rasa, lah)

Aku teruskan apa yang aku buat tanpa menoleh.Aku sangat berharap dia akan memuji hasil kerja aku dan cakap yang aku berbakat. Mungkin dia akan cakap yang aku unik, tak macam budak-budak lain. Dan aku dapat membayangkan Sara mahu aku jadi cikgu seni dia dan kami akan meluangkan masa bersama-sama. Aku suka berangan.

Sampailah satu saat, Sara memecah keheningan.

" Hey. Dewa 19 best, kan? "

Aku berfikir panjang. Apa dia cakap ni? Aku tak tahu siapa itu Dewa. Dan kenapa ada nombor pada namanya?

Aku geram. Ini la satu-satunya peluang aku untuk nampak cool. Tapi Dewa tu siapa? Budak baru kat sekolah ke? Tiba-tiba aku cemburu.

"Dewa sape?"

Muka Sara berubah. Tersengih sedikit.

"Lah. Kau tak pernah dengar ke lagu Dewa 19?"

Aku geleng. 
Entah mengapa, aku terbayangkan Dewa Pratama dan Dewa Pedang dalam komik yang aku pernah baca. Wajah mereka berlegar-legar dalam kepala. 

"Weh, best la lagu diorang. Lagu diorang tu kan, bla bla bla bla.." 

Diorang? Bukan Dewa tu sorang je ke? Aku pening. Aku tak tahu apa yang dia cakapkan. Mata Sara bulat menceritakan perihal Dewa kepada aku. Dia nampak sangat bersungguh-sungguh. Aku agak tak faham apa yang dia cuba sampaikan sebab aku terlalu sibuk memikirkan siapa Dewa sebenarnya.

Dan kemudian. Satu situasi sial berlaku. 

"Eh, Dewa 19?? Diorang best gila doh!"

Suara Wan Muhammad Amirul. Dia ni sorang budak lelaki dalam kelas yang bersuara nyaring dan menjengkelkan. Dia suruh orang panggil dia One. Aku menyampah. Shoe? Kenapa dia nak orang panggil dia kasut? Gila. Cikgu Pendidikan Jasmani aku panggil dia Kartun. Sebab muka dia macam kartun. Padan muka.

Aku benci dia. Sebab pada hari itu, dia berani potong line aku.

Sara nampaknya tertarik dengan kepandaian Wan tentang Dewa 19. Sara tidak lagi menghadap aku. Dia mengalih kedudukan badannya menghadap Wan pula.

Perlahan-lahan, aku mengensot ke tepi sedikit, menjauhi mereka. Aku kembali memberi perhatian kepada buku matematik yang aku conteng.

Pada dinasour tadi, aku lukis air mata.

No comments:

Post a Comment